Peranan Glutathione Sebagai Anti-Kanser

Bagaimana kah terjadinya kanser? 


Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia . Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Secara umumnya bahan perosak tubuh bertindak ke atas sel sel.bahan bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui pemakanan.Makanan yang kita makan mempunyai pengawet dan pewarna yang merosakkan sel tubuh.bahan cemar ini di namakan oksida atau radikal bebas.radikal bebas apabila masuk ke dalam tubuh kita akan bertindak kepada sel sel kita,Ia menukar sel sel kita menjadi sel sel rosak.Sel sel rosak ini di panggil sebagai mutasi. Sel yang mengalami mutasi bersifat ganjil.Ia mempunyai jangkahayat yang panjang dan ia juga mampu membiak dengan cepat sekali.Ia boleh bergerak dalam darah dan menuju ke organ organ dalam badan yang lain .Ini lah yang di namakan kanser
Kanser di takuti kerana ia boileh menyebabkan kegagalan fungsi oragn dalam tubuh dan membawa maut.
sesetengah orang mempunyai genetic yang mudah mendapat kanser.kemungkinan besar di dalam tubuh mereka genetic ini membuatkan ketahanan mereka lemah terhadapa free radikal.
Katahanan terhadap free radikal sangat bergantung kepada jumlah anti oksidant yang wujud di dalam darah mereka.
apakah anti oksidan
Antioksidan dapat didefinisikan sebagai suatu zat yang dapat menghambat / memperlambat proses oksidasi.
Oksidasi adalah jenis reaksi kimia yang melibatkan pengikatan oksigen, pelepasan hydrogen, atau pelepasan elektron. Proses oksidasi terjadi dimana-mana tak terkecuali di dalam tubuh kita.
jenis jenis anti oksidan.
Antioksidan dari golongan vitamin
Vitamin C dan Vitamin E. Vitamin C banyak kita peroleh pada buah-buahan sedangkan vitamin E banyak diperoleh dari minyak
Antioksidan dari kumpulan Enzim
Superoksida Dismutse (SODs), Katalase, dan Peroksidase.
Antioksidan karotenoid
seperti likopen dan Karoten yang banyak terdapat pada buah dan sayuran.
antioksidan dari polifenol.
Sumberpolifenol adalah dari teh, kopi, buah-buahan, minyak zaitun, cinnamon, dan sebagainya.Contohnya yang terkenal adalah Resveratrol yang ditemukan pada buah anggur,
antioksidant semulajadi iaitu Gluthathione

SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser!!!

Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya. Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadiradikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas. Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan. Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber:

1. Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar)
2. Minuman beralkohol.
3. Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
4. Tekanan/stress — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikalbebas.
5. Bahan kimia/ toksik di dalam udara (seperti racun serangga).
6. Sinaran ultra ungu.
7. Pencemaran alam sekitar- air, udara

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikalbebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikalbebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Peranan antioksidan :

Melambatkan proses penuaan
Merendahkan paras kolestrol
Mengurangkan risiko atherosclerosis (penyakit dimana penyempitan berlaku disaluran darah akibat oleh pengumpulan lemak)
Mengurangkan risiko segala jenis kanser
Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok
Mengurangkan risiko segala jenis kanser
Membantu mengurangkan proses penyakit Alzheimer
Melambatkan pertumbuhan tumor
Bantu badan untuk detox carcinogens (penyebab kanser)
Bantu kesihatan mata, elak masalah penghlihatan
Melindungi badan dari kerosakkan yang berpunca dari hisapan rokok.

No comments:

Post a Comment