Glutathione: Molekul Ajaib dalam Badan


Untuk melindungi sel badan daripada radikal bebas dan juga toksin. Toksin di persekitaran, pencemaran industrial, stress harian, gaya hidup yang kurang sihat dan juga tuntutan kehidupan seharian kita. Tekanan harian yang kita dihadapi boleh menyebabkan kita menghadapi keadaan berikut:

1) Kelesuan dan Keletihan, Ketidakselesaan Otot
2) Tekanan Fizikal dan Mental, Masalah Berat Badan
3) Penyakit penuaan


Glutathione adalah antioksidan utama, ia mencegah kerosakan sel badan kita daripada terdedah kepada radikal bebas, meningkatkan sistem imun dan menyahtoksin hati.

Glutathione adalah sebatian kuat yang dihasilkan oleh setiap sel dalam badan kita. Ia juga dikenali sebagai antioksidan yang paling lazim, semula jadi, kuat dan pelbagai fungsi dalam tubuh manusia dan diambil kerja oleh setiap organ.

Lebih 98000 kajian saintifik dan artikel mengenai glutathione yang telah direkodkan di PubMed, perpustakaan rasmi penyelidikan perubatan Kerajaan AS. Artikel ini mendedahkan peranan yang luar biasa glutathione yang menyokong kesihatan yang optimum dan fungsi badan kita, melindungi sel kita daripada agen yang perosak.



Malangnya, apabila usia meningkat, tahap glutathione juga menurun di dalam badan. Sebaliknya, serangan ejen yang perosak seperti radikal bebas, toksin  kimia, radiasi kepada sel kita tidak berkurangan. Kajian menunjukkan bahawa pengeluaran glutathione dalam badan berkurangan sebanyak 1% setiap tahun dari usia 20 dan seterusnya. Tahap glutathione yang rendah dalam badan telah terbukti mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan penyakit berkaitan penuaan.


Tanpa ragu lagi, peningkatan tahap glutathione dalam badan adalah penting untuk kesihatan yang optimum. Walau bagaimanapun, usaha meningkatkan tahap glutathione melalui suplemen sahaja adalah sangat sukar. Salah satu kesukaran utama untuk menghasilkan glutathione adalah menyediakan komponen, cysteine kepada sel. Cysteine adalah komponen yang rapuh dan sangat penting untuk penghasilan glutathione. Cysteine adalah pelopor glutathione. Penambahan Glutathione atau cysteine secara mentah adalah tidak praktikal kerana ia akan musnah di dalam proses penghadaman sebelum ianya sampai ke sel.

No comments:

Post a Comment