APA ITU GLUTATHIONE
Glutathione merupakan tripeptida iaitu tiga protein dalam satu molekul (cystein, glutamin acid dan glycin). Glutathione secara alami terdapat dan terhasil dalam tubuh setiap individu. Tetapi, seiring dengan lanjutnya usia, semakin berkuranglah kadar Glutathione yang menyebabkan kesihatan optimal tidak tercapai, secara fisik, psikis dan sosial.Glutathione berperan penting dalam sistem kekebalan tubuh, regenerasi sel, bersifat antioksidan dan anti toksin. Kadar Glutathione dalam tubuh merupakan indikator untuk membezakan antara individu yang sihat dengan yang individu berpenyakit.Diberi jolokan sebagai MASTER ANTIOKSIDAN kerana telah diakui oleh para ahli perubatan antarabangsa bahawa belum ada antioksidan lain yang mampu menyamai kekuatannya.